Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Monday, 20 January 2014

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan


Assalamualaikum,

Hotel: Swiss Garden Resort & Span
Location: Kuantan, Pahang
Hotel Class : 4 Stars
Room types: Studio Room
Website: http://www.swissgardenkuantan.com/

Hari tu dah tulis dah pasal entry ni tapi tak sempat nak save hilang semua. Hari ni mengagahkan diri tulis balek. Huhuhu..Alhamdulillah kali ketiga dapat stay kat sini. Kali ni lama sikit. Lokasi hotel ni jauh sikit dari bandar dan dekat dengan kawasan perindutrian gebeng. Berhampiran dengan pantai jadi merasa la angin laut. Boleh tahan jugak pengunjung hotel disini yang sebilangan kecil adalah foreigner. Kehadiran di reception counter disambut sekali dengan welcome drink. Kali ni dapat studio room sebab bilik lain dah penuh. Besar sangat bilik dia. Tapi dapat pemandangan mengadap jalan raya. Toiletries lengkap dan sape yang ada kerja kat gebeng boleh la stay sini. Wifi kena charge. Makanan saya ambik breakfast je sebab lunch dan dinner makan kat luar. Kat depan hotel ni pun ade deretn kedai makan. Jadi jangan risau kalau kelaparan. Untuk breakfast tak banyak choice. Kalau macam nasi ada nasi lemak jer. Takde la nasi dagang ke nasi minyak ke macam kat zenith. Simple tapi sedap. Hari tu pernah try makan kek coklat dia. Serius sedap. Tapi kali ni takde plak. Diorang buat kek lain. Mungkin lain kali insyaALLAH ade rezeki nak rasa lagi. Ok. Meh tengok gambar.

swiss garden kuantan 12
swiss garden kuantan 13Lobby. Hiasan sempena Gong Xi Fa Cai
swiss garden kuantan 7swiss garden kuantan 8swiss garden kuantan 9swiss garden kuantan 10
Dining
swiss garden kuantan 2swiss garden kuantan 3
Toilet
swiss garden kuantan 1swiss garden kuantan 5swiss garden kuantan 6swiss garden kuantan
Room
swiss garden kuantan 4swiss garden kuantan 11
Beranda dan kolam
Itu jer
Wasalam.

Monday, 30 December 2013

Impiana hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: Impiana hotel Kuala Lumpur

Location: KLCC, Kuala Lumpur
Hotel Class: 4 star
Room types: Deluxe Twin
Website: http://m-kualalumpurhotels.impiana.com.my

Pertama kalinya duduk hotel di area kuala lumpur. Itu pun sebab dah pindah terengganu. Jadi bila datang KL alhamdulillah berkesempatan duduk kat hotel di KL ni. Pilihan hotel ni sebab dekat je dengan klcc dan pavilioon. Yang buat lagi senang sebab boleh pi jalan-jalan ikut link brigde. Bila dah sebok dengan sambutan christmas  jadi semua hotel dan shopping complex penuh dengan pokok christmas termasuk la impiana. Hotel ni tak banyak nak komen sebab semua perfect. Cuma kami dapat bilik mengadap bangunan bank islam. Lagi syok kalau dapat mengadap klcc. Takpela. Next time insyaAllah mane tau dapat ke. Malam-malam mesti cantik tengok KLCC kan.kan. Dari segi makanan kalau breakfast ade 2 pilihan. Nak pi makan makanan asia ke atau western. Kami ambik yang asia punya. Macam biasa. Ade bihun, nasi lemak... ape ntah lagi. Tak ingat. Huhuhu. Roti canai pun ada kalau tak silap. Lupa la.ampun.... huhuhu. Dulu kami pernah duduk kat impiana cherating. Seriusly impiana tu lagi cantik. Memang nak pergi lagi kat situ. Kalau nak cari tempat yang tenang, hanya dengar desiran ombak je boleh pergi situ. Ok la.Meh share gambar.



Ni la dia.. sumber google



Lobby

Reception counter.

Room

Dining.

Itu je.
Wasalam




Saturday, 16 November 2013

Ramada Plaza Melaka


Assalamualaikum,

Hotel: Ramada Plaza Melaka formerly Renaissance Melaka Hotel
Location: Bandar Melaka, Melaka
Hotel Class: 4 star
Room types: Deluxe Room
Website: http://www.ramadaplazamelaka.com/

Selama 3 hari 2 malam stay kat sini. Dengar-dengar makanan kat sini sedap. Tapi setakat yang saya makan nothing special. Tak tahu la tang mane yang sedap. Cuma dinner tak cuba lagi. Mungkin masa tu kot yang sedap. Dining dia takde besar sangat. Pagi tadi pi makan penuh gak tempat duduk. Nasib ada kosong jugak.Ok. Kalau nak kata duduk kat sini ade beberapa benda yang tak berapa nak suka. Paling ketara toilet sebabnya takde paip. Diorang sediakan cebok/gayaung yang mana kalau nak basuh tu kena isi dulu air cebok bagi penuh. Air ambik kat sinki. Memang takde paip. Diorang sediakan tisu. Kalau jenis saya yang memang tak reti nak guna tisu memang kena ada air sangat leceh. Yang ni yang buatkan saya rasa macam kali terakhir duduk sini. Yang lain ok. Toiletries tak complete. Bilik cantik. Dapat pun TV led. Ok la..Yang bestnye dok sini, kat bawah ada kedai serbaneka 24hrs. Jangan risau la kalau tengah malam lapar. Pi je turun. Jap lagi insyaALLAH nak jejakkan kaki kat jonker walk plak. Memang dekat je dengan hotel ni. Dalam bilik dapat wifi. Yang tu jer. Meh nak share gambar.
home_pic03
Ni bangunan dia. Sumber: Google.
ramada plaza melaka
Reception counter
IMG_1561ramada plaza melaka 1ramada plaza melaka 2ramada plaza melaka 3
Ni Famosa Lounge kat lobby. Kalau nak menunggu kat sini pun boleh. Suke dengan susunan buku kat rak walaupun semua buku tu tipu je sebenarnya. Hehehe
ramada plaza melaka 4ramada plaza melaka 5ramada plaza melaka 6ramada plaza melaka 7
Ni Bilik/ 1504
ramada plaza melaka 8ramada plaza melaka 9
Pemandangan dari bilik. Sungai melaka. Cantik…..
 
Itu jer.
Wasalam.










Friday, 18 October 2013

Hatten Hotel Melaka

Assalamualaikum,

Hotel: Hatten Hotel Melaka

Location: Bandar hilir, Melaka
Ranking: 4 stars
Room types: Deluxe Suite (King)
Websitehttp://www.hattenhotel.com/English/Home

Selasa lepas berhari raya di melaka. Pagi lagi dah bertolak sebab nak berjalan-jalan di sekitar bandar melaka. Sebenarnya ini adalah kali ketiga rasanya saya menjejakkan kaki disini. Tak banyak perubahan. Cuma wujudnya menara taming sari yang sebelum ni saya tak pernah pergi. Dua kali pergi sebelum ni hanya berjalan di sekitar mahkota parade. Kali ni ambil peluang untuk berjalan sampai ke muzium samudera. Pergi cek bilik hotel ade kosong ke tak sebab memang nak walk in. Jadi pilihan yang paling dekat adalah hatten. 1st time duduk kat sini. Hotel ni pun masih baru lagi. Ada jugak bahagian bangunan yang masih dalam pembinaan. Alhamdulillah. Ade bilik. Masuk-masuk je hotel ni. Wahhhhh.... sangat cantik dan nampak sangat mewah hiasan dalam dia. Kalau pergi kat website dia pun boleh tengok gambar yang sangat cantik. Macam tu la terujanya saya bila kali pertama masuk. Sekarang alto sky lounge pun dah bukak. Sape yang nak buat lamaran ke boleh la pilih hotel ni. Mengenai bilik semua lengkap. Ada 2 TV LCD. Tapi takde bath tub. Mengenai makanan, saya ambik breakfast je sebab hari rabu tu check out sebelum lunch. Makanan tak banyak macam kat zenith tapi boleh tahan jugak. Takde la sikit sangat. Ade kue teow goreng, nasi lemak, roti canai, waffle, yogurt dan beberapa jenis makanan chinese. Beberapa tu lebih kurang 4 jenis makanan chinese jugak la yang ada. Lagi pun memang nampak kebanyakkan guest kat sini adalah chinese. Tapi ada cop halal jakim. Kalau ada yang tu yakin dah nak makan. Lagi satu yang bestnye bila hotel ni ade link bridge ke dataran pahlawan dan ada jejantas ke mahkota parade. Jadi nak shopping memang senang. Ok yang tu jela. Meh layan gambar.


Ni la bangunannya. Sumber: google

Reception counter. Cantik tak?Cantikkan....

Ni yang buat lagi cantik. Hiasan lampu kat syiling hotel.Nampak sangat mewah.



Ni ruang menunggu kat lobby

Room (1673) Level 16

Ade 2 TV LCD

Katil

Toilet

Ni dining. Hijau.. Sumber : google


Mengadap swimming pool.

Pemandangan bandar melaka.

Itu saja untuk perkongsian kali ni.

Wasalam.

Thursday, 12 September 2013

The Zenith Hotel Kuantan

Assalamualaikum,

Hotel: The Zenith Hotel
Location: Kuantan, Pahang
Ranking: 5 stars
Room types: Deluxe King
Website: http://www.thezenithhotel.com/

Dulu semalam baru balek dari kuantan.Kat sana stay di Zenith hotel. Jadi peluang untuk berkongsi dengan anda semua mengenai zenith. Kami sampai malam.Cahaya lampu 2 bangunan zenith sangat mengagumkan.Cahayanya siap leh tukar-tukar warna lagi. Cantik sangat.Sampai-sampai check in.Mula-mula dapat level 8. Pergi naik atas pintu tak boleh bukak.Turun bawah dan pihak hotel bagi bilik lain sebab bilik tu tombol yang rosak. Bukan salah access card. Then, dapat la level 16. Hotel ni ada 23 tingkat semuanya. Masuk-masuk je ada bau rokok.Ahh...sangat tak suka.Lupa nak bagitau pihak hotel tak mo bilik yang boleh hisap rokok.Tahankan je.Tapi yang bestnye hotel ni menyediakan hidangan sarapan yang perhh... banyak. Berbanding dengan hotel lain yang hanya menyediakan pilihan makanan yang sedikit pada pagi hari tetapi pilihan yang banyak untuk lunch.Tetapi di zenith sarapan sangat-sangat memuaskan dan mengenyangkan.Pelbagai pilihan makanan. Rendang, nasi minyak, nasi lemak, roti canai, yogurt (paling suka) dan banyak lagi.Ni la satu-satunya hotel setakat ni yang saya paling suka untuk pilihan sarapannya. Bayangkan sarapan pun dah banyak, inikan lagi waktu lunch. jadi bab makanan perfect. Hehehe. 
Meh nak share gambar.


Sumber : google


Reception counter

Room

Room

Room

Toilet

Ada bath tub dan hot shower

Suke sinki dia..comel.....

Toiletries.Lengkap semua..

Pemandangan waktu malam. Bawah tu east coast mall.

Tu stadium darul makmur, kuantan.Masa ni sedang berlangsung perlawanan Malaysia menentang Myanmar. Jadi kami satu hotel dengan pemain-pemain malaysia, thailand dengan myanmar.Pagi tu terserempak dengan ong kim swee kat lobi. Wahhh, 1st time jumpa depan mata. Ade jugak pemain malaysia tapi tak kenal.Huhuhu..

Pemandangan bandar kuantan...

Ni toilet dekat dengan lobi. Cantikkan?Pink purple..cantik sangat dan bersih.....

Cantikkan??Nak wat toilet macam ni jugak..Cantik.....

Itu saja untuk perkongsian kali ni.

Wasalam.

LinkWithin

You might also like