Hotel: The Zenith Hotel
Location: Kuantan, Pahang
Ranking: 5 stars
Room types: Deluxe King
Website: http://www.thezenithhotel.com/
Dulu semalam baru balek dari kuantan.Kat sana stay di Zenith hotel. Jadi peluang untuk berkongsi dengan anda semua mengenai zenith. Kami sampai malam.Cahaya lampu 2 bangunan zenith sangat mengagumkan.Cahayanya siap leh tukar-tukar warna lagi. Cantik sangat.Sampai-sampai check in.Mula-mula dapat level 8. Pergi naik atas pintu tak boleh bukak.Turun bawah dan pihak hotel bagi bilik lain sebab bilik tu tombol yang rosak. Bukan salah access card. Then, dapat la level 16. Hotel ni ada 23 tingkat semuanya. Masuk-masuk je ada bau rokok.Ahh...sangat tak suka.Lupa nak bagitau pihak hotel tak mo bilik yang boleh hisap rokok.Tahankan je.Tapi yang bestnye hotel ni menyediakan hidangan sarapan yang perhh... banyak. Berbanding dengan hotel lain yang hanya menyediakan pilihan makanan yang sedikit pada pagi hari tetapi pilihan yang banyak untuk lunch.Tetapi di zenith sarapan sangat-sangat memuaskan dan mengenyangkan.Pelbagai pilihan makanan. Rendang, nasi minyak, nasi lemak, roti canai, yogurt (paling suka) dan banyak lagi.Ni la satu-satunya hotel setakat ni yang saya paling suka untuk pilihan sarapannya. Bayangkan sarapan pun dah banyak, inikan lagi waktu lunch. jadi bab makanan perfect. Hehehe.
Meh nak share gambar.
Sumber : google
Reception counter
Room
Room
Room
Toilet
Ada bath tub dan hot shower
Suke sinki dia..comel.....
Toiletries.Lengkap semua..
Pemandangan waktu malam. Bawah tu east coast mall.
Tu stadium darul makmur, kuantan.Masa ni sedang berlangsung perlawanan Malaysia menentang Myanmar. Jadi kami satu hotel dengan pemain-pemain malaysia, thailand dengan myanmar.Pagi tu terserempak dengan ong kim swee kat lobi. Wahhh, 1st time jumpa depan mata. Ade jugak pemain malaysia tapi tak kenal.Huhuhu..
Pemandangan bandar kuantan...
Ni toilet dekat dengan lobi. Cantikkan?Pink purple..cantik sangat dan bersih.....
Cantikkan??Nak wat toilet macam ni jugak..Cantik.....
Itu saja untuk perkongsian kali ni.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment