Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Monday, 20 January 2014

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan


Assalamualaikum,

Hotel: Swiss Garden Resort & Span
Location: Kuantan, Pahang
Hotel Class : 4 Stars
Room types: Studio Room
Website: http://www.swissgardenkuantan.com/

Hari tu dah tulis dah pasal entry ni tapi tak sempat nak save hilang semua. Hari ni mengagahkan diri tulis balek. Huhuhu..Alhamdulillah kali ketiga dapat stay kat sini. Kali ni lama sikit. Lokasi hotel ni jauh sikit dari bandar dan dekat dengan kawasan perindutrian gebeng. Berhampiran dengan pantai jadi merasa la angin laut. Boleh tahan jugak pengunjung hotel disini yang sebilangan kecil adalah foreigner. Kehadiran di reception counter disambut sekali dengan welcome drink. Kali ni dapat studio room sebab bilik lain dah penuh. Besar sangat bilik dia. Tapi dapat pemandangan mengadap jalan raya. Toiletries lengkap dan sape yang ada kerja kat gebeng boleh la stay sini. Wifi kena charge. Makanan saya ambik breakfast je sebab lunch dan dinner makan kat luar. Kat depan hotel ni pun ade deretn kedai makan. Jadi jangan risau kalau kelaparan. Untuk breakfast tak banyak choice. Kalau macam nasi ada nasi lemak jer. Takde la nasi dagang ke nasi minyak ke macam kat zenith. Simple tapi sedap. Hari tu pernah try makan kek coklat dia. Serius sedap. Tapi kali ni takde plak. Diorang buat kek lain. Mungkin lain kali insyaALLAH ade rezeki nak rasa lagi. Ok. Meh tengok gambar.

swiss garden kuantan 12
swiss garden kuantan 13Lobby. Hiasan sempena Gong Xi Fa Cai
swiss garden kuantan 7swiss garden kuantan 8swiss garden kuantan 9swiss garden kuantan 10
Dining
swiss garden kuantan 2swiss garden kuantan 3
Toilet
swiss garden kuantan 1swiss garden kuantan 5swiss garden kuantan 6swiss garden kuantan
Room
swiss garden kuantan 4swiss garden kuantan 11
Beranda dan kolam
Itu jer
Wasalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

You might also like