Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Wednesday 22 January 2014

Residence Hotel or RHR Hotel @ UNITEN Bangi

Assalamualaikum,

Hotel: RHR Hotel @ UNITEN
Location: Bangi, Selangor
Hotel Class : 3 Star
Room types: Deluxe 
Website:http://www.rhrhotel.com/

Masih menginap di hotel ini dikala entry ini ditulis. Hehehe. Takut simpan lama-lama lupa plak kang feeling berada kat hotel ni. Stay untuk 5 hari 4 malam. Perhhh lama gilerkan. Simple je hotel ni. Perhiasan dalam hotel ni pun tak semeriah hotel-hotel lain. Kami dapat bilik deluxe 2 katil. Penuh. Hotel ni ramai yang duduk untuk training atau workshop tu yang full tu. Breakfast ok. Kue teow dia sedap. Ade nasi dagang jugak. Toiletries berus gigi takde. Jadi bawak sendiri ea. Yang lain ade. Service kat sini ok satu je yang tak ok. Bila masuk je nak pi bilik ada bau yang tak sedap. Bau kapet kot. Masa 1st day tu memang tak boleh tidur. Hidung saya sensitif sikit. Saya ada bau habuk tak pun sebab bau kapet. Hidung gatal je sampai tak boleh nak tidur. Bau yang sangat kuat. Tapi hari ketiga dah ok dah. Dah boleh tidur. Tapi still bau lagi. Tilam dia pun berbau. Bau yang tak meyenangkan. Yag tu jela tak oknye. Wifi terbaik.Hotel ni takde kolam. Tapi untuk makan yang murah boleh makan kat food court depan masjid.  Meh nak share gambar.


Sumber: Google

Reception Counter. Simple. Yang jaga pun sorang jer. Nasib baik tak ramai orang.




Room. Design bilik dia cantik.

Dining

Itu jer.

Wasalam

Tuesday 21 January 2014

Traders Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: Traders Hotel Kuala Lumpur
Location:Kuala Lumpur
Hotel Class : 5 Star
Room types: Deluxe Twin
Website: http://www.shangri-la.com/kualalumpur/traders/

Semalam berkesempatan menginap di hotel ni. Sangat teruja. Bukan sahaja harga bilik yang perhhh mahal tapi segalanya nampak mewah. Ramai mat salleh yang stay sini mungkin sebab dekat dengan KLCC. Dapat stay semalaman pun dah bersyukur. Kalau dah cakap 5 star memang service, room semua tip top. Dapat view mengadap bangunan exxon mobil. View Twin tower tak mampu aiihh.. Lagi berganda2 mahalnya. Kami sampai agak petang jugak. Sampai-sampai pi check in terus keluar nak jalan-jalan kat KLCC. Lapar pi pekena nasi lemak dengan kuih muih kat La cucur. Rasa keterujaan memuncak bila dapat naik buggy. 1st time la katakan. Dapat jalan-jalan kat taman KLCC tu. Tapi agak segan jugak la naik. Ramai sangat tengok. Tapi merasa naik pun dah happy. Sebelum ni lepak kat tasik tu dok tengok je orang naik tak sangka akhirnya merasa jugak. Hihihi. Makanan breakfast macam biasa ade western dan local. Tapi lobby kat sini level 5. Mula-mula datang tu cari jugak mana reception counter tak jumpa. Tanya pekerja kat situ diorng kata kat level 5. OOwhhh.. Yang bagusnya hotel ni ramai pekerja. Memang service 5 star la. Dilayan dengan baiknya. Lagi satu best wifi yang serius laju. Dalam semalaman tu dapat download 10 movies. Perhh... Memang laju. Free plak tu. Jadi memang download cerita best-best kaw-kaw punye. Hehehe. Banyak dah puji ni. Meh tengok gambar plak.



Reception counter. Simple jer.

Reception counter ni dekat dengan dining. Belakang tu dining.

Tempat menunggu kat reception

Dining


Room


Toilet

Nah. Mineral water. RM19+. Mahalnye aiii......Tak mampu den.

Ni dia buggy. Setiap 10 minit. Boleh muat 7 orang.

Meh layan pemandangan KLCC

Waktu malam. Bersinar2 lampu KLCC. Cantik.....

Ni diambil depan traders hotel waktu siang.




Tasik KLCC. Cantik giler.....

Itu jer.

Wasalam.

Monday 20 January 2014

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan


Assalamualaikum,

Hotel: Swiss Garden Resort & Span
Location: Kuantan, Pahang
Hotel Class : 4 Stars
Room types: Studio Room
Website: http://www.swissgardenkuantan.com/

Hari tu dah tulis dah pasal entry ni tapi tak sempat nak save hilang semua. Hari ni mengagahkan diri tulis balek. Huhuhu..Alhamdulillah kali ketiga dapat stay kat sini. Kali ni lama sikit. Lokasi hotel ni jauh sikit dari bandar dan dekat dengan kawasan perindutrian gebeng. Berhampiran dengan pantai jadi merasa la angin laut. Boleh tahan jugak pengunjung hotel disini yang sebilangan kecil adalah foreigner. Kehadiran di reception counter disambut sekali dengan welcome drink. Kali ni dapat studio room sebab bilik lain dah penuh. Besar sangat bilik dia. Tapi dapat pemandangan mengadap jalan raya. Toiletries lengkap dan sape yang ada kerja kat gebeng boleh la stay sini. Wifi kena charge. Makanan saya ambik breakfast je sebab lunch dan dinner makan kat luar. Kat depan hotel ni pun ade deretn kedai makan. Jadi jangan risau kalau kelaparan. Untuk breakfast tak banyak choice. Kalau macam nasi ada nasi lemak jer. Takde la nasi dagang ke nasi minyak ke macam kat zenith. Simple tapi sedap. Hari tu pernah try makan kek coklat dia. Serius sedap. Tapi kali ni takde plak. Diorang buat kek lain. Mungkin lain kali insyaALLAH ade rezeki nak rasa lagi. Ok. Meh tengok gambar.

swiss garden kuantan 12
swiss garden kuantan 13Lobby. Hiasan sempena Gong Xi Fa Cai
swiss garden kuantan 7swiss garden kuantan 8swiss garden kuantan 9swiss garden kuantan 10
Dining
swiss garden kuantan 2swiss garden kuantan 3
Toilet
swiss garden kuantan 1swiss garden kuantan 5swiss garden kuantan 6swiss garden kuantan
Room
swiss garden kuantan 4swiss garden kuantan 11
Beranda dan kolam
Itu jer
Wasalam.

LinkWithin

You might also like