Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Saturday, 13 September 2014

PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: PNB Darby Park Executive Suites
Location: Kuala Lumpur
Hotel Class : 4 star
Room types: 1 Bedroom Deluxe (upgraded to club floor)
Website: http://www.pnbdarbypark.com


Semalam baru balek dari kl. Kali ni stay di PNB darby park. Lokasi hotel dekat dengan bangunan tabung haji dan LRT ampang park. Masa mula2 book kami pilih studio room premier floor. Alhamdulillah rezeki bilik tu dah takde jadi diorang bagi bilik yang baru sahaja di upgrade kepada club floor. Harga still sama. RM300++. Stay untuk 5h4m. Ini 1st time dapat bilik yang ade kitchen. Before ni just ade living room je iaitu kat the zon hotel. Tapi ni ade living room and kitchen. Masuk2 wahhh terus excited. Awesome. Peti ais pun jenis yang 2 pintu. Bukan 1 pintu macam biasa. Alatan memasak semua ada. Dapur, oven, micowave. Awesome. Pinggan mangkuk, sudip, semua la macam kat rumah semua ada. Memang senang la kalau nak masak sendiri. Tapi tak masak pun.hehehe. Banyak baca review tentang hotel ni mengenai breakfast dia. Banyak pilihan. Hari2 menu lain2. Breakfast makan kat restaurant 10 binjai. Tak besar sangat tapi ade la tempat duduk. Tempat makan ni sentiasa penuh walaupun turun awal. Kami pernah turun lewat dalam kol 9 lebih pun masih ramai orang. Campur dengan pelayan dia yang ramai jadi memang nampak penuh dining ni. Makanan yang sedap kue teow goreng, mee goreng, hash brown, ade roti canai jugak, dan kuih muih yang sedap. Jarang hotel ade kuih muih yang sedap. Kali ni makan memang sedap. Lokasi dekat dengan train jadi senang nak pergi klcc. Kalau rajin jalan pun boleh. Penat sikit la. Dekat dengan ampang park shopping centre. Okie. Itu je. Meh tengok gambar.


Ni hotelnya. Sumber google.

Ni restaurant 10 binjai. Sumber google. Tak ambik gambar pun sebab ramai sangat orang.

Lobby

Reception Counter

Living room



Ade dvd player

Ade mesin faks

Kitchen

Toilet dekat living room

Bathroom kat dalam bilik tidur






Ade tv n dvd player dalam bilik

Okie, itu je. Kalau ade peluang nak stay sini lagi. 

Wasalam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

You might also like