Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Sunday, 9 March 2014

Impiana hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: Impiana hotel Kuala Lumpur
Location: KLCC, Kuala Lumpur Hotel
Class: 4 star
Room types: Deluxe Twin with klcc view
Website: http://m-kualalumpurhotels.impiana.com.my

 Impiana again..Alhamdulillah.Berkesempatan lagi untuk duduk kat hotel ni. Kali ni dapat bilik lagi best.Klcc view.Memang teruja sangat. Mula- mula nak merasa la duduk kat corus atau zon c tapi semua penuh. Impiana ni pun tinggal bilik ni je jadi grab je la dulu. Masa 1st time pergi macam biasa2 je, tapi kali ni tak tahu nape different sangat. Kami bertolak dari ganu pagi2 lagi. Lepas subuh dah gerak sebab plan nak lawat mak kejap. Sampai KL kol 10 lebih. Cepatkan sampai sebab tak jem sangat. Check in dalam kol 3. Masa mula2 check in kami pi la kat kaunter. Tapj diorang suruh check in kat level 15. Club lounge. Private counter. Wah ade jugak macam tu ea. Kat sini tak ramai orang. Memang private sangat. Dah abes check in terus naik bilik. Masuk2 je wahhh bau wangi sangat. Masa ni memang sangat puas hati la. Bilik dia sangat berlainan dari yang sebelum ni. Sangat2 puas hati. Takmo cakap jer. Meh tengok gambar.



Ruang menunggu lobby level 15

View dari lobby

Nampak tak ade something atas katil tu?

Ni dia.Complimentary mocktail kat rooftop restaurant. Tapi tak pergi pun. Kami pi pavi pekena laksa sarawak. Huhuhu




Room (2239)


Toilet

View dari dalam bilik. Cantikkan? 

Okie. Itu je.
Wasalam


Friday, 7 March 2014

Klana Resort Seremban

Assalamualaikum,

Hotel: Klana Resort Seremban
Location: Seremban, Negeri Sembilan
Hotel Class : 4 Star
Room types: Standard Room
Website: http://www.klanaresort.com.my

Ok. Untuk pergi hotel ni kalau malam bagi saya agak menyeramkan. Lalu kawasan perumahan yang memang sunyi.. Hotel ni pun agak dalam walaupun berada berhampiran bandar. Agak tinggi jugak hotel ni. Lupe berapa tingkat. Tapi bila masuk lobby, hiasan agak mewah. Tapi sekarang ade sedikit renovation kat restaurant dia. Ini kalj kedua saya pergi. Bila masuk bilik, segala peralatan termasuk perabut kelihatan agak lama. Macam lama dah tak tukar. Tak tahu nak komen macam mane. Kalau korang pergi, korang tahu macamane. Untuk breakfast, makanan tak banyak pilihan tapi sedap. Sebelum ni pernah makan nasi goreng yang seriusly pedas. Memang terbaik. Bila datang kali kedua ni ingat dapat la merasa, tapi takde plak. Keciwa. Keciwa.. insyaALLAH minta ada rezeki next time. Ade wifi. Swimming pool agak cantik. Tak try lagi. Tengok dari jauh jer. Next time la.. Ok. Meh nak share gambar.

Sumber: Google

Reception counter

Lobby


Swimming pool


Dining. Cantik.....





Bilik. Simple jer. Boleh la.. Dapat view tempat parking.huhuhu

Ok. Tu je.
Wasalam.

Wednesday, 19 February 2014

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan

Assalamualaikum,

Hotel: Swiss Garden Resort & Spa
Location: Kuantan, Pahang
Hotel Class : 4 Stars
Room types: Standard Room
Website: http://www.swissgardenkuantan.com/ 

Sebelum ni pernah buat entry pasal hotel ni. Tapi kali ni berbeza sebab dapat bilik berbeza. Jadi nak share jugak. Hihihi. Yang lain2nya semua sama macam sebelum ni tapi ada satu benda terjadi. Jeng jeng.. kali ni dapat bilik level 4. Kira atas skali la kalau naik lif. Kalau stay hotel ni mesti saya akan dengar bunyi tarik kerusi or meja. Kali ni dengar dekat kol 12. Cuak tak.. Memang menganggu sedikit la sebab bising no. Dengan suasana sunyinya jadi bunyi tu memang clear sangat kat telinga ni. Mula mula tu cuak jugak sebabnya dulu kat sekolah pernah jugak dengar budak2 cerita dalam bilik seni selalu dengar tarik2 kerusi ni. Dah la kami dapat level paling atas jadi takkan datang dari bilik sebelah. Buat ape malam-malam buta men tarik2 plakkan. Jadi positifkan diri mungkin kat tingkat bawah ade dewan kot. Diorang tengah kemas ke kan.. Jauh no dengar sampai tingkat atas. Bila dah positif dan ignore je bunyi tu terus la lena sampai ke pagi. Jadi esoknya siasat. Rupenye memang kamk level atas skali kalau naik lif. Tapi ade lagi tingkat kat atas kena naik guna tangga. Jadi assume je la atas tu stor.. hehehe. Ok habis dah misteri nusantara. Meh nak share gambar...





Lobby

Room (8415)








Okie.Itu je.smoga mnjadi rujukan pd semua.

Wasalam



Wednesday, 22 January 2014

Residence Hotel or RHR Hotel @ UNITEN Bangi

Assalamualaikum,

Hotel: RHR Hotel @ UNITEN
Location: Bangi, Selangor
Hotel Class : 3 Star
Room types: Deluxe 
Website:http://www.rhrhotel.com/

Masih menginap di hotel ini dikala entry ini ditulis. Hehehe. Takut simpan lama-lama lupa plak kang feeling berada kat hotel ni. Stay untuk 5 hari 4 malam. Perhhh lama gilerkan. Simple je hotel ni. Perhiasan dalam hotel ni pun tak semeriah hotel-hotel lain. Kami dapat bilik deluxe 2 katil. Penuh. Hotel ni ramai yang duduk untuk training atau workshop tu yang full tu. Breakfast ok. Kue teow dia sedap. Ade nasi dagang jugak. Toiletries berus gigi takde. Jadi bawak sendiri ea. Yang lain ade. Service kat sini ok satu je yang tak ok. Bila masuk je nak pi bilik ada bau yang tak sedap. Bau kapet kot. Masa 1st day tu memang tak boleh tidur. Hidung saya sensitif sikit. Saya ada bau habuk tak pun sebab bau kapet. Hidung gatal je sampai tak boleh nak tidur. Bau yang sangat kuat. Tapi hari ketiga dah ok dah. Dah boleh tidur. Tapi still bau lagi. Tilam dia pun berbau. Bau yang tak meyenangkan. Yag tu jela tak oknye. Wifi terbaik.Hotel ni takde kolam. Tapi untuk makan yang murah boleh makan kat food court depan masjid.  Meh nak share gambar.


Sumber: Google

Reception Counter. Simple. Yang jaga pun sorang jer. Nasib baik tak ramai orang.




Room. Design bilik dia cantik.

Dining

Itu jer.

Wasalam

Tuesday, 21 January 2014

Traders Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: Traders Hotel Kuala Lumpur
Location:Kuala Lumpur
Hotel Class : 5 Star
Room types: Deluxe Twin
Website: http://www.shangri-la.com/kualalumpur/traders/

Semalam berkesempatan menginap di hotel ni. Sangat teruja. Bukan sahaja harga bilik yang perhhh mahal tapi segalanya nampak mewah. Ramai mat salleh yang stay sini mungkin sebab dekat dengan KLCC. Dapat stay semalaman pun dah bersyukur. Kalau dah cakap 5 star memang service, room semua tip top. Dapat view mengadap bangunan exxon mobil. View Twin tower tak mampu aiihh.. Lagi berganda2 mahalnya. Kami sampai agak petang jugak. Sampai-sampai pi check in terus keluar nak jalan-jalan kat KLCC. Lapar pi pekena nasi lemak dengan kuih muih kat La cucur. Rasa keterujaan memuncak bila dapat naik buggy. 1st time la katakan. Dapat jalan-jalan kat taman KLCC tu. Tapi agak segan jugak la naik. Ramai sangat tengok. Tapi merasa naik pun dah happy. Sebelum ni lepak kat tasik tu dok tengok je orang naik tak sangka akhirnya merasa jugak. Hihihi. Makanan breakfast macam biasa ade western dan local. Tapi lobby kat sini level 5. Mula-mula datang tu cari jugak mana reception counter tak jumpa. Tanya pekerja kat situ diorng kata kat level 5. OOwhhh.. Yang bagusnya hotel ni ramai pekerja. Memang service 5 star la. Dilayan dengan baiknya. Lagi satu best wifi yang serius laju. Dalam semalaman tu dapat download 10 movies. Perhh... Memang laju. Free plak tu. Jadi memang download cerita best-best kaw-kaw punye. Hehehe. Banyak dah puji ni. Meh tengok gambar plak.



Reception counter. Simple jer.

Reception counter ni dekat dengan dining. Belakang tu dining.

Tempat menunggu kat reception

Dining


Room


Toilet

Nah. Mineral water. RM19+. Mahalnye aiii......Tak mampu den.

Ni dia buggy. Setiap 10 minit. Boleh muat 7 orang.

Meh layan pemandangan KLCC

Waktu malam. Bersinar2 lampu KLCC. Cantik.....

Ni diambil depan traders hotel waktu siang.




Tasik KLCC. Cantik giler.....

Itu jer.

Wasalam.

LinkWithin

You might also like