Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Wednesday, 21 August 2013

Hyatt Regency Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum,

Hotel: Hyatt Regency Kinabalu
Location: Kota Kinabalu Sabah
Ranking: 5 stars
Room types: Sea View King 
Website: http://kinabalu.regency.hyatt.com/en/hotel/home.html


Baru teringat ada ambik gambar masa pergi sabah bulan jun lepas. Masa ni ikut husband pergi outstation.Kalau sendiri memang tak mampu la nak duduk hotel mahal ni.Dapat merasa pun  dah alhamdulillah.Menginap selama 3 hari 2 malam.Perh itu pun dah cukup best. Mane taknye, semua perfect. Dah nama pun 5 bintang kan. Hotel ni sangat strategik. Berada kat tepi laut dan di tengah bandar. Berdekatan dengan tempat makanan laut dan juga pasar filipina dan pasar gaya yang memang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Macam-macam ada. Pasar sayur, pasar cenderahati, pasar buah lagi..Lupe dah.Nak cari makan memang senang kat situ. KFC pun depan jer.Kalau nak komen pasal hotel memang takde.Memang best sangat.Dah la sea view.Bayangkan kecantikan pemandangan ciptaan ALLAH.Memang cantik sangat.Rasa macam nak dok lama kat situ.zOk.Jangan terkejut ea. Kat dalam bilik hotel ni ada beer semua.Jangan pulak ambik. Saya memang tak makan pun kat hotel tu.Memang makan kat tempat sekitar. Merasa makanan orang sabah.Sabah bah.Hehehe.

Itu je.Meh tengok gambar.



Sumber : Google

Lobby. Depan tu reception counter.

Restaurant

Room

Ade bath tub.Toiletries lengkap. Ade Shower heater.Toilet plak kat sebelah.

Room


Tv.Sangat besar bilik ni.

Dan ni pemandangan dari dalam bilik.Yang best dari katil dah boleh nampak pemandangan laut ni.Tak yah gi kat balkoni.Tp memang xde pun balkoninye.hehehe.Cantik sangat...............

Itu je perkongsian mengenai Hyatt regency kinabalu.

Pilihan di tangan anda.

Monday, 19 August 2013

De' La Ferns


Hotel: De' La Ferns Hotel
Location: Cameron Highland
Ranking: 3 stars
Room types: Deluxe Twins room
Website: http://www.hoteldelaferns.com.my/index.htm

Assalamualaikum,

Sabtu lepas saya telah menjejakkan kaki ke cameron highland untuk kali ke 3. Hotel pilihan saya ialah De' La Ferns Hotel yang terletak di tanah rata. Perjalanan yang tidak dirancang.Pukul 8 lebih baru sampai kat cameron.Jadi terus cari hotel.Nasib baik ade bilik kosong. Menginap untuk 2 hari 1 malam dah cukup untuk kami menghabiskan masa bersama.Hotel ini menjadi tarikan pelancong dari luar negara. Bersebelahan dengan restaurant steambot. Jadi jangan risau pasal makan. Seperti kebanyakkan hotel di cameron highland, hotel ini tidak mempunyai kipas atau air cond. Hanya angin sejuk dari luar sahaja yang akan anda rasa. Saya dapat bilik menghadap jalan raya.Jadi malam buka tingkap memang akan dengar bunyi bising dari luar.Tapi bila dah kepenatan memang tak hirau dah bunyi-bunyian tu. Toiletries yang takde cume berus gigi.Jadi bawak sendiri dari rumah ea. Yang lain lengkap. Iron, heater, tv, wifi, frigde. Semua ada.. Restaurant dia pun cantik.Kami ambik breakfast je sebab tengah hari tu nak balek dah.Breakfast boleh tahan.Yang paling sedap nasi goreng dia. Ade rendang, roti canai, bubur, ayam sausage.Yang tu je yang ingat.Tapi memang romantik sangat.Dengan sejuknye.Jadi view luar la menjadi pilihan kami untuk menjamu selera.Memang ramai mat saleh kat sini. Compare dengan country lounge, hotel ni lagi besar. Yang paling penting ada lift.Hehehe. Country lounge takde lift.Time tu dapat yang paling atas plak tu.
Ok.Meh tengok gambar..


Sumber: google
Reception counter


Lobby

Room

Room

Room
Bilik air. Jangan risau hot shower pun ada. Bath tub pun ade jugak.
Restaurant 

Itu je perkongsian mengenai de' la fern

Pilihan di tangan anda.

Wasalam.

Wednesday, 31 July 2013

Resorts World Kijal


Hotel: Resorts World Kijal (known as Awana Kijal Beach & Golf Hotel)
Location: Kerteh, terengganu
Ranking: 5 stars 4 stars
Room types: Premier Seaview Room
Website: http://www.rwkijal.com/

Assalamualaikum,

1st hotel yang saya ingin kongsikan ialah Resort World Kijal.Sangat puasa hati dengan segala yang ada disini.Semua lengkap dan cantik.Parking ada,kedai makan pun ada termasukkanlah KFC, pantai yang cantik dan tempat golf yang besar.Disini juga disediakan perkhidmatan sewa basikal.InsyaALLAH akan cuba nanti jalan-jalan naik basikal.

Keadaan bilik yang sangat selesa.Tidak ada bau yang tidak menyenangkan.Toiletries yang lengkap.Sangat puat hati.Dapat pulak bilik berhadapan dengan pemandangan pantai.Dan mempunyai ruang menunggu di lobby yang besar.Meh nak kongsi gambar.

Sumber : google.

Ruang lobby
Ruang lobby

Reception counter
Tempat menuggu
Hiasa rumah kayu sempena hari raya di letakkan di hadapan pintu masuk ke lobby
Bilik

Toilet
Bath tub

Shower
Permandangan dari bilik hotel.Saya dapat level 3 jadi tak nampak pantai dengan jelas.Kalau dapat tinggi mungkin boleh tengok keseluruhan.Tak silap hotel ni ada 9 tingkat.

Itu je perkongsian mengenai resorts world kijal

Pilihan di tangan anda.

Wasalam.

LinkWithin

You might also like