Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Monday, 19 August 2013

De' La Ferns


Hotel: De' La Ferns Hotel
Location: Cameron Highland
Ranking: 3 stars
Room types: Deluxe Twins room
Website: http://www.hoteldelaferns.com.my/index.htm

Assalamualaikum,

Sabtu lepas saya telah menjejakkan kaki ke cameron highland untuk kali ke 3. Hotel pilihan saya ialah De' La Ferns Hotel yang terletak di tanah rata. Perjalanan yang tidak dirancang.Pukul 8 lebih baru sampai kat cameron.Jadi terus cari hotel.Nasib baik ade bilik kosong. Menginap untuk 2 hari 1 malam dah cukup untuk kami menghabiskan masa bersama.Hotel ini menjadi tarikan pelancong dari luar negara. Bersebelahan dengan restaurant steambot. Jadi jangan risau pasal makan. Seperti kebanyakkan hotel di cameron highland, hotel ini tidak mempunyai kipas atau air cond. Hanya angin sejuk dari luar sahaja yang akan anda rasa. Saya dapat bilik menghadap jalan raya.Jadi malam buka tingkap memang akan dengar bunyi bising dari luar.Tapi bila dah kepenatan memang tak hirau dah bunyi-bunyian tu. Toiletries yang takde cume berus gigi.Jadi bawak sendiri dari rumah ea. Yang lain lengkap. Iron, heater, tv, wifi, frigde. Semua ada.. Restaurant dia pun cantik.Kami ambik breakfast je sebab tengah hari tu nak balek dah.Breakfast boleh tahan.Yang paling sedap nasi goreng dia. Ade rendang, roti canai, bubur, ayam sausage.Yang tu je yang ingat.Tapi memang romantik sangat.Dengan sejuknye.Jadi view luar la menjadi pilihan kami untuk menjamu selera.Memang ramai mat saleh kat sini. Compare dengan country lounge, hotel ni lagi besar. Yang paling penting ada lift.Hehehe. Country lounge takde lift.Time tu dapat yang paling atas plak tu.
Ok.Meh tengok gambar..


Sumber: google
Reception counter


Lobby

Room

Room

Room
Bilik air. Jangan risau hot shower pun ada. Bath tub pun ade jugak.
Restaurant 

Itu je perkongsian mengenai de' la fern

Pilihan di tangan anda.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

You might also like