Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Tuesday, 21 January 2014

Traders Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: Traders Hotel Kuala Lumpur
Location:Kuala Lumpur
Hotel Class : 5 Star
Room types: Deluxe Twin
Website: http://www.shangri-la.com/kualalumpur/traders/

Semalam berkesempatan menginap di hotel ni. Sangat teruja. Bukan sahaja harga bilik yang perhhh mahal tapi segalanya nampak mewah. Ramai mat salleh yang stay sini mungkin sebab dekat dengan KLCC. Dapat stay semalaman pun dah bersyukur. Kalau dah cakap 5 star memang service, room semua tip top. Dapat view mengadap bangunan exxon mobil. View Twin tower tak mampu aiihh.. Lagi berganda2 mahalnya. Kami sampai agak petang jugak. Sampai-sampai pi check in terus keluar nak jalan-jalan kat KLCC. Lapar pi pekena nasi lemak dengan kuih muih kat La cucur. Rasa keterujaan memuncak bila dapat naik buggy. 1st time la katakan. Dapat jalan-jalan kat taman KLCC tu. Tapi agak segan jugak la naik. Ramai sangat tengok. Tapi merasa naik pun dah happy. Sebelum ni lepak kat tasik tu dok tengok je orang naik tak sangka akhirnya merasa jugak. Hihihi. Makanan breakfast macam biasa ade western dan local. Tapi lobby kat sini level 5. Mula-mula datang tu cari jugak mana reception counter tak jumpa. Tanya pekerja kat situ diorng kata kat level 5. OOwhhh.. Yang bagusnya hotel ni ramai pekerja. Memang service 5 star la. Dilayan dengan baiknya. Lagi satu best wifi yang serius laju. Dalam semalaman tu dapat download 10 movies. Perhh... Memang laju. Free plak tu. Jadi memang download cerita best-best kaw-kaw punye. Hehehe. Banyak dah puji ni. Meh tengok gambar plak.



Reception counter. Simple jer.

Reception counter ni dekat dengan dining. Belakang tu dining.

Tempat menunggu kat reception

Dining


Room


Toilet

Nah. Mineral water. RM19+. Mahalnye aiii......Tak mampu den.

Ni dia buggy. Setiap 10 minit. Boleh muat 7 orang.

Meh layan pemandangan KLCC

Waktu malam. Bersinar2 lampu KLCC. Cantik.....

Ni diambil depan traders hotel waktu siang.




Tasik KLCC. Cantik giler.....

Itu jer.

Wasalam.

Monday, 20 January 2014

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan


Assalamualaikum,

Hotel: Swiss Garden Resort & Span
Location: Kuantan, Pahang
Hotel Class : 4 Stars
Room types: Studio Room
Website: http://www.swissgardenkuantan.com/

Hari tu dah tulis dah pasal entry ni tapi tak sempat nak save hilang semua. Hari ni mengagahkan diri tulis balek. Huhuhu..Alhamdulillah kali ketiga dapat stay kat sini. Kali ni lama sikit. Lokasi hotel ni jauh sikit dari bandar dan dekat dengan kawasan perindutrian gebeng. Berhampiran dengan pantai jadi merasa la angin laut. Boleh tahan jugak pengunjung hotel disini yang sebilangan kecil adalah foreigner. Kehadiran di reception counter disambut sekali dengan welcome drink. Kali ni dapat studio room sebab bilik lain dah penuh. Besar sangat bilik dia. Tapi dapat pemandangan mengadap jalan raya. Toiletries lengkap dan sape yang ada kerja kat gebeng boleh la stay sini. Wifi kena charge. Makanan saya ambik breakfast je sebab lunch dan dinner makan kat luar. Kat depan hotel ni pun ade deretn kedai makan. Jadi jangan risau kalau kelaparan. Untuk breakfast tak banyak choice. Kalau macam nasi ada nasi lemak jer. Takde la nasi dagang ke nasi minyak ke macam kat zenith. Simple tapi sedap. Hari tu pernah try makan kek coklat dia. Serius sedap. Tapi kali ni takde plak. Diorang buat kek lain. Mungkin lain kali insyaALLAH ade rezeki nak rasa lagi. Ok. Meh tengok gambar.

swiss garden kuantan 12
swiss garden kuantan 13Lobby. Hiasan sempena Gong Xi Fa Cai
swiss garden kuantan 7swiss garden kuantan 8swiss garden kuantan 9swiss garden kuantan 10
Dining
swiss garden kuantan 2swiss garden kuantan 3
Toilet
swiss garden kuantan 1swiss garden kuantan 5swiss garden kuantan 6swiss garden kuantan
Room
swiss garden kuantan 4swiss garden kuantan 11
Beranda dan kolam
Itu jer
Wasalam.

Monday, 30 December 2013

Impiana hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: Impiana hotel Kuala Lumpur

Location: KLCC, Kuala Lumpur
Hotel Class: 4 star
Room types: Deluxe Twin
Website: http://m-kualalumpurhotels.impiana.com.my

Pertama kalinya duduk hotel di area kuala lumpur. Itu pun sebab dah pindah terengganu. Jadi bila datang KL alhamdulillah berkesempatan duduk kat hotel di KL ni. Pilihan hotel ni sebab dekat je dengan klcc dan pavilioon. Yang buat lagi senang sebab boleh pi jalan-jalan ikut link brigde. Bila dah sebok dengan sambutan christmas  jadi semua hotel dan shopping complex penuh dengan pokok christmas termasuk la impiana. Hotel ni tak banyak nak komen sebab semua perfect. Cuma kami dapat bilik mengadap bangunan bank islam. Lagi syok kalau dapat mengadap klcc. Takpela. Next time insyaAllah mane tau dapat ke. Malam-malam mesti cantik tengok KLCC kan.kan. Dari segi makanan kalau breakfast ade 2 pilihan. Nak pi makan makanan asia ke atau western. Kami ambik yang asia punya. Macam biasa. Ade bihun, nasi lemak... ape ntah lagi. Tak ingat. Huhuhu. Roti canai pun ada kalau tak silap. Lupa la.ampun.... huhuhu. Dulu kami pernah duduk kat impiana cherating. Seriusly impiana tu lagi cantik. Memang nak pergi lagi kat situ. Kalau nak cari tempat yang tenang, hanya dengar desiran ombak je boleh pergi situ. Ok la.Meh share gambar.



Ni la dia.. sumber google



Lobby

Reception counter.

Room

Dining.

Itu je.
Wasalam




Saturday, 16 November 2013

Ramada Plaza Melaka


Assalamualaikum,

Hotel: Ramada Plaza Melaka formerly Renaissance Melaka Hotel
Location: Bandar Melaka, Melaka
Hotel Class: 4 star
Room types: Deluxe Room
Website: http://www.ramadaplazamelaka.com/

Selama 3 hari 2 malam stay kat sini. Dengar-dengar makanan kat sini sedap. Tapi setakat yang saya makan nothing special. Tak tahu la tang mane yang sedap. Cuma dinner tak cuba lagi. Mungkin masa tu kot yang sedap. Dining dia takde besar sangat. Pagi tadi pi makan penuh gak tempat duduk. Nasib ada kosong jugak.Ok. Kalau nak kata duduk kat sini ade beberapa benda yang tak berapa nak suka. Paling ketara toilet sebabnya takde paip. Diorang sediakan cebok/gayaung yang mana kalau nak basuh tu kena isi dulu air cebok bagi penuh. Air ambik kat sinki. Memang takde paip. Diorang sediakan tisu. Kalau jenis saya yang memang tak reti nak guna tisu memang kena ada air sangat leceh. Yang ni yang buatkan saya rasa macam kali terakhir duduk sini. Yang lain ok. Toiletries tak complete. Bilik cantik. Dapat pun TV led. Ok la..Yang bestnye dok sini, kat bawah ada kedai serbaneka 24hrs. Jangan risau la kalau tengah malam lapar. Pi je turun. Jap lagi insyaALLAH nak jejakkan kaki kat jonker walk plak. Memang dekat je dengan hotel ni. Dalam bilik dapat wifi. Yang tu jer. Meh nak share gambar.
home_pic03
Ni bangunan dia. Sumber: Google.
ramada plaza melaka
Reception counter
IMG_1561ramada plaza melaka 1ramada plaza melaka 2ramada plaza melaka 3
Ni Famosa Lounge kat lobby. Kalau nak menunggu kat sini pun boleh. Suke dengan susunan buku kat rak walaupun semua buku tu tipu je sebenarnya. Hehehe
ramada plaza melaka 4ramada plaza melaka 5ramada plaza melaka 6ramada plaza melaka 7
Ni Bilik/ 1504
ramada plaza melaka 8ramada plaza melaka 9
Pemandangan dari bilik. Sungai melaka. Cantik…..
 
Itu jer.
Wasalam.










LinkWithin

You might also like