Hotel: The ZON All Suites Residences, Kuala Lumpur
Location: Kuala Lumpur
Hotel Class : 3.5 Star
Room types: Superior suite, 1 bedroom
Website: http://www.zonhotel.com.my
Sambungan entry sebelum ni. Lepas stay kat double tree, kami stay kat hotel ni pulak sebab harga bilik kat sini lagi murah dan dekat dengan klcc. Entry sebelum ni ada bagitahu yang hotel area klcc semua penuh. Yang tinggal bilik mahal2 je. Jadinya google punye google jumpa hotel ni. Hotel ni lebih kepada style apartment. Sesuai untuk family. Ade ruang tamu. Dan anda boleh pilih samaada nak 2 bilik ke atau 2 bilik air. Bilik pun besar dan simple. Walaupun ramai komen yang hotel ni furniture semua lama2, tapi bagi saya ok lagi kalau nak compare dengan kelana resort. Boleh tengok entry sebelum ni. Ok dari segi breakfast, boleh tahan banyak pilihan. Tapi yang paling sedap nasi goreng kampung. Seriusly sedap. 1st time gi hotel tambah 3 kali. Memang sedap. Wifi pulak slow. Kalau nak wifi kena minta password masa check in. Kalau tak diorang memang tak bagi. Lobby kecik je. Lift pun slow. Lift pun nampak lama. Kalau dari tempat parking memang bercinta la nak tunggu lift kakau lift tu ade kat level 15. Jadi paling senang naik tangga sudah.. Kalau nak masuk hotel ni kena ikut menara atlan. Kami mula2 sesat jugak nak jumpa pintu masuk. Tapi memang kena masuk ikut parking menara atlan. Lokasi dekat dengan klcc. Tapi oleh kerana sekarang ada pembinaan masjid klcc tu, jadi lencongan jauh sikit nak berjalan ke klcc tu. Tapi boleh terima lagi la jarak dia. Okie itu je. Meh tengok gambar.
Lobby
Ruang tamu. Room 2200
Bilik
Bathroom
Dining
Swimming pool. Background masjid klcc.
Itu je.
No comments:
Post a Comment