Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Thursday, 28 August 2014

VIP Hotel, Segamat Johor

Assalamualaikum,


Hotel: VIP Hotel, Segamat
Location: Johor
Hotel Class : unknown
Room types: Standard twin
Website: 
http://www.viphotel.com.my/index.html


Sambungan dari entry sebelum ni. Ok. Lepas je stay kat The Zon hotel, kami bergerak ke johor. Pi segamat. Kat sini tak banyak sangat hotel. Hotel pun takde la yang bertaraf 5 bintang. Yang biasa2 je. Cuma sekarang ada hotel baru. Vip hotel.Baru pun tak baru la. Hotel ni dulu nama dia pelangi hotel kalau tak silap. Tapi dia renovate macam fully renovate sebab bangunan dia nampak baru. Kecik je bangunannye, tapi simple dan cantik. Suke sangat tengok. Comel jer.... Dari luar dah nampak wahhhh cantiknya. Parking pun senang dapat. Lobby tak besar sangat. Rasanya ada 5 tingkat je. Dining pun cantik. Bilik tak besar sangat tapi bersih. Gym boleh mengadap swimming pool. Cantik. Makanan ok. Tak banyak tapi boleh la. Ada nasi lemak, sambal sotong, bihun sup, kue teow goreng. Itu je yang ingat. Ade wifi tapi tak laju sangat. Hotel ni sebelah station minyak. Belah kiri petronas, kanan Caltex.Ok satu je yang tak best pasal hotel ni. Takde iron. Kena call reception. Nombor reception takde tulis kat talefon tu. Ada 2 nombor. Call dua2 nombor tu, 2 2 cafe yang angkat. Lepas tu baru tanye bape reception number. Baru betul. Minta iron tak sampai 5 min dah sampai. Tapi dapat stand iron. Pernah guna tapi tak suka. Tak selesa betul nak gosok. Leceh. Harap lepas ni ada la iron kat setiap bilik. Itu je kot.Meh nak share gambar.


Ni hotel dia.

Bahagian lobby

Reception counter

Bilik 302





Gambar ni cantik

Dining



Swimming pool

Belakang tu gym. Belakang gym tu parking

Ni dia stand iron. Tak suke. Leceh nak guna.

Okie.itu jer..

Wednesday, 27 August 2014

The ZON All Suites Residences, Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: The ZON All Suites Residences, Kuala Lumpur
Location: Kuala Lumpur
Hotel Class : 3.5 Star
Room types: Superior suite, 1 bedroom
Website: http://www.zonhotel.com.my


Sambungan entry sebelum ni. Lepas stay kat double tree, kami stay kat hotel ni pulak sebab harga bilik kat sini lagi murah dan dekat dengan klcc. Entry sebelum ni ada bagitahu yang hotel area klcc semua penuh. Yang tinggal bilik mahal2 je. Jadinya google punye google jumpa hotel ni. Hotel ni lebih kepada style apartment. Sesuai untuk family. Ade ruang tamu. Dan anda boleh pilih samaada nak 2 bilik ke atau 2 bilik air. Bilik pun besar dan simple. Walaupun ramai komen yang hotel ni furniture semua lama2, tapi bagi saya ok lagi kalau nak compare dengan kelana resort. Boleh tengok entry sebelum ni. Ok dari segi breakfast, boleh tahan banyak pilihan. Tapi yang paling sedap nasi goreng kampung. Seriusly sedap. 1st time gi hotel tambah 3 kali. Memang sedap. Wifi pulak slow. Kalau nak wifi kena minta password masa check in. Kalau tak diorang memang tak bagi. Lobby kecik je. Lift pun slow. Lift pun nampak lama. Kalau dari tempat parking memang bercinta la nak tunggu lift kakau lift tu ade kat level 15. Jadi paling senang naik tangga sudah.. Kalau nak masuk hotel ni kena ikut menara atlan. Kami mula2 sesat jugak nak jumpa pintu masuk. Tapi memang kena masuk ikut parking menara atlan. Lokasi dekat dengan klcc. Tapi oleh kerana sekarang ada pembinaan masjid klcc tu, jadi lencongan jauh sikit nak berjalan ke klcc tu. Tapi boleh terima lagi la jarak dia. Okie itu je. Meh tengok gambar.

Lobby

Ruang tamu. Room 2200

Bilik


Bathroom

Dining

Swimming pool. Background masjid klcc.

Itu je.

Monday, 25 August 2014

Doubletree by hilton Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur
Location:Kuala Lumpur
Hotel Class : 5 Star
Room types: King bed deluxe room
Website:  http://doubletree3.hilton.com/en/index.html
Dining: http://flavoursbydoubletreekl.com/makan-kitchen/makan-kitchen

Lama dah tak update blog ni. Banyak hotel2 yang terperap je. InsyaALLAH akan keluarkan semua. Kali ni nak update pasal doubletree hotel kat area ampang park. Alhamdulillah baru sekarang berkesempatan stay kat hotel ni. Sebelum ni hanya pandang dari jauh je. Saya stay minggu lepas. Hotel ni same building dengan intermark offices dan dekat je dengan ampang park mall dan lrt putra. Boleh jalan kaki je. Masa nak check in dapat welcome cookies yang besar dan sedap. Dapat bilik level 22. Koridor menuju ke bilik dihiasi dengan lukisan berwarna warni. Kalau tengok bahagian reception kaunter pun nampak sangat exclusive. Dari segi bilik, ok tak besar tak kecik sebab kami ambik king bed deluxe. Tapi harga sangat mahal. RM600++.. Masa ni hotel2 area klcc memang penuh. Yang tinggal bilik mahal2. Mandarin oriental tinggal bilik harga RM4k ++ je. Fuhhh semangat..Sebab tu pilih hotel ni walaupun jauh dari klcc. Breakfast sangat banyak pilihan dan sedap. Ade beberapa bahagian seperti malay food, western food, indian food, noodle dan macam2 lagi. Tak ingat dah. Tapi memang berbaloi2. Tak banyak nak komen sebab semuanya almost perfect. Jadi itu je. Mah tengok gambar.

Reception counter

Lobby. Belakang tu axis lounge

Welcome cookies

Awesome. Banyak cip banyak coklat dan besar dan sedap. Dapat masa panas2 lagi. Really like it!!!Kalau ade jual kat luar memang nak beli.

Bilik. 2225





Dari katil boleh nampak bilik air. Kalau nak mandi with privacy boleh tutup je window kaca tu.



Dinint

Bahagian malay n western food

Itu je.

Wasalam


LinkWithin

You might also like