Pembuka bicara

Assalamualaikum,


Blog ini dibina adalah untuk berkongsi tentang hotel-hotel yang saya kunjungi.Sarat dengan gambar sebagai rujukan untuk memilih hotel yang terbaik.Pengalaman sepanjang menginap dihotel yang boleh dijadikan pengajaran ataupun diambil sebagai pilihan dalam menentukan hotel mana yang sesuai dengan citarasa anda.


Selamat datang dan selamat membaca.


Segala komen didalam blog ini adalah sekadar untuk memberi pandangan dan tidak berniat untuk menjatuhkan sape-sape.Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif...


Selamat menjelajah didalam blog ini.


Wasalam

Tuesday 21 January 2014

Traders Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Hotel: Traders Hotel Kuala Lumpur
Location:Kuala Lumpur
Hotel Class : 5 Star
Room types: Deluxe Twin
Website: http://www.shangri-la.com/kualalumpur/traders/

Semalam berkesempatan menginap di hotel ni. Sangat teruja. Bukan sahaja harga bilik yang perhhh mahal tapi segalanya nampak mewah. Ramai mat salleh yang stay sini mungkin sebab dekat dengan KLCC. Dapat stay semalaman pun dah bersyukur. Kalau dah cakap 5 star memang service, room semua tip top. Dapat view mengadap bangunan exxon mobil. View Twin tower tak mampu aiihh.. Lagi berganda2 mahalnya. Kami sampai agak petang jugak. Sampai-sampai pi check in terus keluar nak jalan-jalan kat KLCC. Lapar pi pekena nasi lemak dengan kuih muih kat La cucur. Rasa keterujaan memuncak bila dapat naik buggy. 1st time la katakan. Dapat jalan-jalan kat taman KLCC tu. Tapi agak segan jugak la naik. Ramai sangat tengok. Tapi merasa naik pun dah happy. Sebelum ni lepak kat tasik tu dok tengok je orang naik tak sangka akhirnya merasa jugak. Hihihi. Makanan breakfast macam biasa ade western dan local. Tapi lobby kat sini level 5. Mula-mula datang tu cari jugak mana reception counter tak jumpa. Tanya pekerja kat situ diorng kata kat level 5. OOwhhh.. Yang bagusnya hotel ni ramai pekerja. Memang service 5 star la. Dilayan dengan baiknya. Lagi satu best wifi yang serius laju. Dalam semalaman tu dapat download 10 movies. Perhh... Memang laju. Free plak tu. Jadi memang download cerita best-best kaw-kaw punye. Hehehe. Banyak dah puji ni. Meh tengok gambar plak.



Reception counter. Simple jer.

Reception counter ni dekat dengan dining. Belakang tu dining.

Tempat menunggu kat reception

Dining


Room


Toilet

Nah. Mineral water. RM19+. Mahalnye aiii......Tak mampu den.

Ni dia buggy. Setiap 10 minit. Boleh muat 7 orang.

Meh layan pemandangan KLCC

Waktu malam. Bersinar2 lampu KLCC. Cantik.....

Ni diambil depan traders hotel waktu siang.




Tasik KLCC. Cantik giler.....

Itu jer.

Wasalam.

1 comment:

  1. whoah, kenapa setiap review tak letak harga, boleh bajet2 gitu. Hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

You might also like