Assalamualaikum,
Hotel: Ramada Plaza Melaka formerly Renaissance Melaka Hotel
Location: Bandar Melaka, Melaka
Hotel Class: 4 star
Room types: Deluxe Room
Website: http://www.ramadaplazamelaka.com/
Selama 3 hari 2 malam stay kat sini. Dengar-dengar makanan kat sini sedap. Tapi setakat yang saya makan nothing special. Tak tahu la tang mane yang sedap. Cuma dinner tak cuba lagi. Mungkin masa tu kot yang sedap. Dining dia takde besar sangat. Pagi tadi pi makan penuh gak tempat duduk. Nasib ada kosong jugak.Ok. Kalau nak kata duduk kat sini ade beberapa benda yang tak berapa nak suka. Paling ketara toilet sebabnya takde paip. Diorang sediakan cebok/gayaung yang mana kalau nak basuh tu kena isi dulu air cebok bagi penuh. Air ambik kat sinki. Memang takde paip. Diorang sediakan tisu. Kalau jenis saya yang memang tak reti nak guna tisu memang kena ada air sangat leceh. Yang ni yang buatkan saya rasa macam kali terakhir duduk sini. Yang lain ok. Toiletries tak complete. Bilik cantik. Dapat pun TV led. Ok la..Yang bestnye dok sini, kat bawah ada kedai serbaneka 24hrs. Jangan risau la kalau tengah malam lapar. Pi je turun. Jap lagi insyaALLAH nak jejakkan kaki kat jonker walk plak. Memang dekat je dengan hotel ni. Dalam bilik dapat wifi. Yang tu jer. Meh nak share gambar.
Ni bangunan dia. Sumber: Google.
Reception counter
Ni Famosa Lounge kat lobby. Kalau nak menunggu kat sini pun boleh. Suke dengan susunan buku kat rak walaupun semua buku tu tipu je sebenarnya. Hehehe
Ni Bilik/ 1504
Pemandangan dari bilik. Sungai melaka. Cantik…..
Itu jer.
Wasalam.